Pages

Friday, May 28, 2010

Anak kucing

Hari Khamis (27hb Mei 2010) 09:05pg -

Aku kat opis, tengah tekun buat kerja sebab minggu depannya nak audit.. tetiba mak call aku. mak tanya sibuk ke? pastu bagitau yang anak kucing siam kat SD kena langar ngan si anip...
adeh... sian nye anak kucing tu.. =(
aku call ulle, menyampai kan berita. ulle kata sian nya anak kucing tu nak menahan sakit sampai ke petang..lagi ah kuat hati aku nak cepat² bagi rawatan kecemasan kat anak kucing tu.
aku pun cabut ah balik...
amik anak kucing yang cedera tu, mak, sarra, QisHiey & DaRT gi klinik haiwan kat bomba lama.

sampai klinik tu terus ah aku & anak² kecik ( ala² rombongan budak tadika) bawak kucing tu masuk bilik rawatan. kami tak menunggu lama al-maklum lah, KECEMASAN ....

Keadaan kucing : ok, tak patah kaki dia..

Rawatan : 1 injection untuk tahan bisa a.k.a tahan sakit & bengkak.

ubat² : Antibiotik, multivitamin, pil tahan sakit ( bagi bila perlu jek, kalau kucing tu tak kesakitan tak yah bagi) & ubat cacing..

nanti bila dia dah sihat aku nak bawak lagi gi klinik tu untuk ambil suntikan antibodi & pelalian. nak bawak kucing gemuk abah sekali.

Tuesday, May 25, 2010

Pelik Sangat Ke??

Dah lebih 6bulan aku berpindah ke daerah kelahiran aku kat Gelang Patah, Johor. Hubby aku di Sarikei, Sibu Sarawak.

Yang membuat kan aku rasa menyampah + meluat.. kawan2 aku kat sini semua macam pelik jek dengan situasi aku yang Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ni..

Ada pulak yang try mengatal...chatting..aku layan jek ah, dah nama nya pun kawan sekolah kan.. dah lah masa sekolah dulu mamat ni lain class..aku PERDAGANGAN dia SASTERA, class dia sebelah pintu class aku. pastu memang aku pun tak berapa perasan lah kewujudan mamat nih. tetiba je nak berbual ala2 something yang berbaur gatal2 gesel...siap tanya aku tengah meniarap kat katil ke? eh, suka ati aku lah aku nak mencangkung sambil ngadap computer ke pe..

nak video chatting plak tu ngan aku yang huduh nih...ni pehal lah plak mamat ni kan..

pastu berangapan aku ni kesunyian..kegersangan... GILA ke pe????

Aku boleh terima kalau kata2 tu dari kawan yang memang aku rapat, yang memang aku angap macam adik beradik (contoh Si Ajib mengong - memang aku open kalau berbual ngan Ajib mengong tu ). aku boleh lah angap sebagai gurau2 kasar kan.

Tapi ni dari mangkuk yang aku tak pernah berbual pun selama ni..meluat aku. kalau mamat ni si Mambang pujaan hati aku yang sekian lama tu tak pe lah jugak.. boleh aku berbunga2 8jam.

Pelik sangat ke ???

Aku tak kisah pun, kenapa diorang pulak yang terlebih2 nih? aku tak pernah terfikir pun perkara2 yang diorng sangka kan tu..
mula lah tnya "abg dh balik?" "mesti ko tengah kesunyian" "ko rindu abg ko kan?" "tak sabar lah tu nak tunggu abg ko balik.." ayat2 yang aku benci nak dengar.. bila aku jawab TIDAK, AKU TAK RINDU PUN, kata aku tipu... makin melarat pulak perbahasan..tu yang aku malas tu..aku dah biasa lah.. tak ada nye nak RINDU2 ni semua..

diorng ingat aku ni apa? gila sangat ngan lelaki ke?? sakit betul hati aku nih. bila aku online layan facebook malam2, mula lah ingat aku ni tgh kesunyian..tak tahu nak buat apa..
beb...aku tak pernah rasa SUNYI lah dalam hidup aku nih.. aku ada anak lah, ingat aku ni mandul ke apa...mana ada orang rasa sunyi bila ada anak kat sisi..

Hubby aku kat sarikei tu atas tuntutan kerja, yang sibuk sangat pasal aku ni kenapa? bukan boleh buat aweks pun aku nih. malas betul aku nak menjawab soklan2 yang tak berapa pandai ni.

Lenkali, kalau nak testing level gatal tu jangan ah dengan rakan sekolah ye.. sia2 jek kena ceramah free dari aku. Siap aku hebah & sebar kan kat kawan2 yang lain..hahahhaha... amik ko..

kawan, sahabat & teman...

Hmmm... macam² jenis kawan yang dah aku jumpa.

Golongan pertama
Asyik nak bercerita tentang diri dia. Aku lah tempat dia luah kan segala²...segala daki semua nak cerita.. pendek kata tak ada yang di rahsia kan dari aku ni..kawan baik lah katanya. tapi bila tiba masa aku pulak nak meluah perasaan atau nak berkongsi cerita, layan nak tak nak jek. respon pun macam masam² ketiak je. aku dok berceri lah sensorang, respon nya setakat "OH...pastu?...." itu jek.. kemudia dia akan kasi tukar topik da...

Golongan ke-2
Bermuka-muka...sekali imbas macam suka berkawan dengan aku. Sentiasa menyampai kan cerita² sensasi dan yang terkini. Manusia A melintas, dia pun start ngutuk + bercerita tentang manusia A tu. kang manusia B pulak menjengah, eehhh... si B tu pulak jadi BAHAN dia.. Tapi, mulut lembek bak kata orang terengganu. Berpaling jek dari aku pooottt..ppoootttt... mulut dia menyampai kan apa² ah sumber yang dia dengar dari aku pulak. Orang macam ni kena hati² bila bercakap dengan nya... dengar jek boleh...tapi jangan komen apa²...buruk padah nye nanti.

Golongan ke-3
Bercakap tak mo kalah.... dia jek yang betul, benar & hakiki.. bosan aku ngan orang macam nih...

Golongan Ke-4
Boleh berkongsi - Baik dari segi barang, makanan, cerita, rahsia , suka & duka. aku jumpa gologan sebegini tatkala aku merantau..sama² tingal di tempat orang. terubat juga rindu pada keluarga & sahabat baik aku.

Golongan ke-5
ini golongan special ni... persabahatan yang tak ternilai..melibat kan hati & perasaan dalaman. walau terpisah beribu batu pun hati tetap melekat. yang ni aku BERTEMU masa umur aku 16thn...berkawan dengannya mengenal kan aku pada erti sahabat sejati. Sahabat aku, the one & only Norkumalasari Md Said

Sunday, May 23, 2010

Damai lah kau di sana..........

semalam, aku di kejut kan dengan berita yang menyedih kan.. kak sal dh tak ada.... dah meningal dunia... aku betul² terkejut. rasa nya baru je Nor bercerita tentang kak sal yang kurang sihat.

aku dapat berita dari erol. malam kelmarin aku off hand phone digi aku.. rupanya nor dh inform masa dia dalam perjalanan balik ke johor dari seremban.. " Doi..k.sal meningal.. aku dalam perjalanan balik, doi..." sedih aku baca masej ringkas dari nor. aku tahu nor dalam kesedihan. rasa bersalah pun ada..sbb aku tak on handphone aku malam tu.

aku bersiap dan terus ke tmn paya mengkuang, pergi ke rumah kak sal...rumah yang pernah aku baring, tidur & lepak dulu.. aku terkenang kemesraan kak sal..terngiang² semula kata² kak sal.. "Kau tu kalau busu tak ada, kau langsung tak singah rumah aku ni...busu ada baru lah aku nampak muka kau.."

aku memang cukup mesra dengan kak sal..terakhir aku jumpa & pergi ke rumah tu waktu hari pernikahan Nor... 6tahun yang lalu.. aku memang dah lama tak kesana sebab aku berpindah ke terengganu dan nor pun dah tak tingal kat situ lagi.

waktu aku sampai, jenazah kak sal sedang di mandi kan.. aku menunggu di khemah. aku ternampak kelibat naz & anak²..tapi aku masih lagi menunggu kelibat sahabat baik aku ..nor..
selesai jenazah di mandi & di kafan kan, nor keluar.. aku pegang bahu nor... sebaik saja nor pusing & mengadap aku.. dia terus memeluk aku sambil menangis...kami sama² berpelukan & menangis...aku tak dapat untuk brkata apa²...aku biar kan nor menangis semahu² nya.

nor... maaf kan aku kerana aku tak menenangkan kau waktu tu.. aku tak beri kata² semangat untuk kau.. kerana, aku tak mampu nor...aku betul² tak mampu berkata apa² waktu tu...aku sedih..
Nor, aku tak mahu kau terus bersedih..tabah lah nor..dugaan hidup kau sangat hebat semenjak kau masih kecil lagi. aku kenal kau nor...kau lah sahabat aku hingga akhir hayat aku insyaallah..

kak sal, damai lah kau di sana..kau tinggal kan segala cerita & derita mu di sini moga ia menjadi lipatan sejarah untuk waris² mu . AL-FATIHAH...

Saturday, April 3, 2010

Johor Bahru - KLIA - Kuala Terengganu

Buat pertama kali nya aku traveling berdua ngan SaRRa.
Aku gi Kuala Terengganu sebab ada kerja sikit. Baba SaRRa masih di Sarawak, so terpaksa lah aku hangkut SaRRa sekal
i.

Ni SaRRa kat KLIA sementara tunggu flight ke Kuala Terengganu.

SaRRa dengan gaya budak baik dalam flight.


Makan kacang & guava juice jek??? kedekut ah MAS nih... nyampahzzz...


Kat Kuala Terengganu, kitorang check-in kat Darra-inn btol2 kat depan pantai Teluk Ketapang. Pastu ada member ambil aku dua beranak bawak gi office Airport Extension @ KTG, aku sewa kancil Puan Leeza hehehehe... dapat je kunci kancil Leeza yang comel tu aku terus hantar kak nor balik rmah dia.. pastu aku gi buat surprise kat pengasuh SaRRa.. terkejut kak yah tetiba aku terconggok kat depan pagar rumah dia ... sarra maluk kenok...diaaammm jak dia, sopan bah...

SaRRa tergolek2 nak tido kat Bilik no 704 Darra-Inn, Kuala Nerus, KTGG.


Bilik kitorang kat Darra-Inn.


Sepanjang perjalanan tepi pantai Teluk Ketapang utk sampai ke site office Kuala Terengganu.


Ini lah pintu bilik aku masa aku masih di Kuala Terengganu site... 2005 - 2009, sedih tinggal kan bilik ni.. banyak kenangan dengan kawan2 yang sangat suka bertandang melawat aku yang duduk sensorang kat dalam bilik nih..huhuhuhuhuhu....hampir semua kawan2 yang rajin bergosip ngan aku kat bilik ni dah meninggal kan Inai Kiara...

Monday, August 3, 2009

BeNTo TooLs


Ni adalah Bento Tools aku. Ada yang aku beli dari kedai kek kat Johor, internet dan kebanyakkannya aku beli kat Daiso. Aku gi Daiso di One Borneo kat Kota Kinabalu time aku balik sabah itu hari. Best gila aku dapat gi Daiso kat 1 Borneo tu..semua barang diimport dari negara Jepun. =)



(1) Bento Box
Persediaan untuk SaRRa sekolah nanti hehehehhe... bercita² nak bagi SaRRa bawa BENTO gi sekolah... =)

(2) Cookies Cutter
Aku beli kat Perling Indah, kat Taman Perling Johor Bahru.

Cookies Cutter Wilton
Ni brand Wilton. Aku memang minat gila barangan keluaran Wilton nih. Walaupun mahal, tapi aku puas hati, sebab brand ni memang popular. Brand dari luar negeri ni beb...


(3) Egg Mould











Acuan telur rebus. Tapi, kena guna telur grade A , baru lah bentuk nya menjadi.. =) aku dah cuba guna telur grade C, langsung tak menyelerakan bentuknya.. cuma ada lekuk sikit jek. =(
(4) Fruits pick













Selain dari buah, sandwich atau pe je makanan sesuai guna kan fruits pick ni. Beli kat Daiso One Borneo.


(5) Rice Mould
Best ni..bleh buat nasi dengan macam² bentuk. Menarik.

(6) Food Cup
Aku suka silicon food cup.

Friday, July 10, 2009

Projek Tudung i

ok, projek terkini aku buat masa ni ialah Projek membuat tudung awning... =)
1st time buat tudung ni dalam masa 3 jam jek. buat kan untuk mak nk gi umrah kononnya.. sekali, mak tak mau pakai lah pulak. mak kata kain dia mak tak berkenan..

kain nya aku beli kat Laila Rawas Silk House kat bandar Kuala Terengganu. Harga dia murah jek, RM3.50 semeter..kualiti kain pun tak berapa ok lah.. kasar & ringan.

ini lah body tudung yang pertama tu. aku guna polar tudung Ratu

Ini pulak 2nd time aku mengunting tudung.. masih menguna kan jenis kain yang sama.. tapi kali ni aku buat Tudung Scallope pulak...


haa.. ni awning yang dah siap di pasang dengan kain gam keras...tapi aku sudah tersalah beli kain gam daa..aku beli kain keras untuk leher baju melayu .. so, dia x brapa keras lah macam awning tudung yang kat pasaran tu..

(PICTURE)
ni lah hasil nya... Tudung Scallope.

Tudung ni ringan jek..almaklum saja lah, kain murah..hehehehhe...
biasanya kalau aku nak gi mana-mana, aku capai tudung ni jek.. mudah & ringkas.. =) maklum saja lah..hasil kerja tangan sendiri lah kata kan..kalau bukan pakai sendri, sapa pulak yang nak pakai.. hehehehhe..