Pages

Monday, August 3, 2009

BeNTo TooLs


Ni adalah Bento Tools aku. Ada yang aku beli dari kedai kek kat Johor, internet dan kebanyakkannya aku beli kat Daiso. Aku gi Daiso di One Borneo kat Kota Kinabalu time aku balik sabah itu hari. Best gila aku dapat gi Daiso kat 1 Borneo tu..semua barang diimport dari negara Jepun. =)



(1) Bento Box
Persediaan untuk SaRRa sekolah nanti hehehehhe... bercita² nak bagi SaRRa bawa BENTO gi sekolah... =)

(2) Cookies Cutter
Aku beli kat Perling Indah, kat Taman Perling Johor Bahru.

Cookies Cutter Wilton
Ni brand Wilton. Aku memang minat gila barangan keluaran Wilton nih. Walaupun mahal, tapi aku puas hati, sebab brand ni memang popular. Brand dari luar negeri ni beb...


(3) Egg Mould











Acuan telur rebus. Tapi, kena guna telur grade A , baru lah bentuk nya menjadi.. =) aku dah cuba guna telur grade C, langsung tak menyelerakan bentuknya.. cuma ada lekuk sikit jek. =(
(4) Fruits pick













Selain dari buah, sandwich atau pe je makanan sesuai guna kan fruits pick ni. Beli kat Daiso One Borneo.


(5) Rice Mould
Best ni..bleh buat nasi dengan macam² bentuk. Menarik.

(6) Food Cup
Aku suka silicon food cup.

Friday, July 10, 2009

Projek Tudung i

ok, projek terkini aku buat masa ni ialah Projek membuat tudung awning... =)
1st time buat tudung ni dalam masa 3 jam jek. buat kan untuk mak nk gi umrah kononnya.. sekali, mak tak mau pakai lah pulak. mak kata kain dia mak tak berkenan..

kain nya aku beli kat Laila Rawas Silk House kat bandar Kuala Terengganu. Harga dia murah jek, RM3.50 semeter..kualiti kain pun tak berapa ok lah.. kasar & ringan.

ini lah body tudung yang pertama tu. aku guna polar tudung Ratu

Ini pulak 2nd time aku mengunting tudung.. masih menguna kan jenis kain yang sama.. tapi kali ni aku buat Tudung Scallope pulak...


haa.. ni awning yang dah siap di pasang dengan kain gam keras...tapi aku sudah tersalah beli kain gam daa..aku beli kain keras untuk leher baju melayu .. so, dia x brapa keras lah macam awning tudung yang kat pasaran tu..

(PICTURE)
ni lah hasil nya... Tudung Scallope.

Tudung ni ringan jek..almaklum saja lah, kain murah..hehehehhe...
biasanya kalau aku nak gi mana-mana, aku capai tudung ni jek.. mudah & ringkas.. =) maklum saja lah..hasil kerja tangan sendiri lah kata kan..kalau bukan pakai sendri, sapa pulak yang nak pakai.. hehehehhe..

Wednesday, April 29, 2009

SaRRa yang rajin

Ini kat rumah baru, N121 Tmn Murni Indah, Telaga Daing, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Ni gambr lama ... masa ni balik je kerja, mengeluh panjang sebab makanan ikan jiran sebelah sudah tumpah kat depan rumah kitorang. Rasanya ada kucing langar & jatuh kan lah tu. Huh.. BAD CAT !!
Aduuuuhhhhhh...belum pun sempat masuk rumah dah nampak benda tu berterabur kat lantai beranda. Serta merta perasaan 'penat' tu terasa. Hubby pulak belum balik kerja lagi, nampak nya aku lah yang kena kemas benda tu.
Nasib baik lah ada anak dara yang sangat rajin & memahami mama dia..SaRRa. =) rajin betul dia, dengar je mama dia mengeluh terus dia berlari² capai penyapu & start menyapu. hilang rasa 'penat' sebab terhibur tengok gelagat SaRRa.


Puas dia menyapu, dia gi pijak² pulak makanan² ikan tu huhuhuhuhuhuhuhu.....
Banyak tu yang tumpah...hidung tak tahan dah hidu bau makanan ikan...




Ini lah botol makanan ikan tu. tension betul di buat nya...ada separuh aku masuk kan semula dalam botol ni, selebih nya aku buang jek..malas ah..


Lepas siap menyapu tu semua, baru lah boleh start sidai kain baju. Huh..lari budget masa aku..
Tak lama lepas tu, hubby balik...cerita kat dia, dia gelak kan jek...huh, sampai hati. =(

Sunday, April 12, 2009

Cyst..Oh..Cyst...

3hb May genap lah 3tahun aku menjalani pembedahan bagi membuang sejenis ketumbuhan yang di namakan ovarian cyst.

Hari ni..Ahad 12hb April 2009 aku terpaksa menerima hakikat yang cyst tu masih setia menemani aku...aku di sahkan mempunyai ovarian cyst di ovari sebelah kiri. CYST AKU BERULANG LAGI !!!!
Hari ini aku pergi lagi ke Kuala Terengganu Specialist, berjumpa dgn doktor Yusuf..Pakar perbidanan & sakit puan. Cerita2 sikit, pastu aku kena scan. Macam2 perkara bermain kat otak aku..soalan pertama yang aku tanya doktor tu ialah "rahim saya ok tak doktor? ovari saya normal?" dan alhamdulillah... organ2 dalaman aku normal. cuma cyst tu je lah..ada semula, sebesar 3.4cm. tapi kali ni dia tak bulat..dia berbentuk kacang lah pulak..

Lepastu aku kena x-ray . Buka semua pakaian..pakai baju ward je. baring...diammmm jek. pastu siap. aku naik semula tingkat 1, jumpa doktor yusuf semula. Dan..... tu dia....

masalah kesihatan aku :
1) Masalah usus..banyak najis tersumbat.
2) Kondisi tulang tak berapa baik.. - Doktor kata macam kondisi tulang orang 45 tahun. teruk lah tu kan? huhuhuhuhu...
3) Kencing kotor..
4) Ada antara tisu2 bekas 1st operation dah melekat kat tisu2 usus dan lain2. Dalam perut aku ni memang dah ada scar akibat operation yg lalu. - Ni mugkin sebab aku tak berpantang masa lepas operation dulu huhuuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...nyesal..nyesal...nyesal sungguh....
Berkaitan ngan struktur tulang & masalah usus aku tu, doktor nasihat kan aku kena makan. Sebab sebelum ni aku memang jarang makan. Aku suka makanan yang mudah jek macam kuih..roti..kerepek. so, doktor suruh aku makan nasi, ikan, sayur senang kata makanan yang seimbang lah. sebab doktor kata bimbang buah pingang aku rosak.

Ni x-ray aku..

Bill aku hari nih... RM223.50 huhuuhuhuhuhuhuhu...


Ni ubat2 yang aku kena makan buat sementara waktu ni.


Appointment card.


Pasal Cyst plak....lepas 3 bulan nanti, aku kena pergi lagi jumpa doktor Yusuf tu. Untuk check tahap kesihatan & doktor nak check sama ada cyst tu membesar ke tak. kalau dia membesar sampai 5cm, aku terpaksa di operate untuk buang cyst tu. so..mimpi ngeri ah bagi aku kalau kena operate sekali lagi. sebenar nya aku serik kena operate ni..sakit..seksa..nyusah kan mak, hubby & adik beradik.


Ni pulak, saja je aku amik..hehehhe..tengok pekej bersalin & check-up.



Buat persediaan kalau2 nak bersalin kat Ganu plak..hhehehehhehe...

Aku Yang Kesakitan.....

10hb April 2009
Aku start sakit kat perut belah kiri...makin lama semakin sakit..hubby & SaRRa dah lama tidur. Aku sensorang dok menahan sakit. Sakit nya hanya ALLAH je yang tahu. Sampai aku tak dapat tidur, macam nak bersalin lah pulak...tergolek-golek aku sensorang menahan sakit yang amat.

Pukul 2 pagi
Aku gi dapur, cari2 botol nak isi air panas untuk buat tuam tak ada...uh..uh..macam mana nih?? last2...aku ambil je lah botol susu SaRRa, isi air panas..pastu bawak baring, buat tuam hehehehhehe...kreatif gak aku kan?

Antara pukul 2 hingga pukul 6
Aku dok menuam perut belah kiri aku je lah..bila sejuk je air kat dalam botol susu tu aku gi dapur lagi, tukar air panas..tu je lah kerja aku sepanjang malam tu. dok melayan air panas & menahan kesakitan.

Pukul 6:30pg
Aku dah nak solat subuh baru aku kejut kan hubby. Aku mintak dia hantar kan aku ke klinik. time tu aku dah tak berapa boleh bercakap dah sebab sakit sangat. Tapi aku gagah kan diri juga untuk mengerja kan kewajipan aku iaitu solat subuh.

Pukul 7:00pg
Kitorng keluar dari rumah & hantar SaRRa kat rumah pengasuh. SaRRa menangis tak mau tinggal, dia kata nak "ikut jalan.." tapi aku paksa juga dia.
Hubby terus bawak aku ke Pekan Batu 6. 2-3klinik semuanya tutup lagi. Last2 hubby kata "kita gi hospital besar je lah.." aku diam jek, sebab tak larat nak bercakap. Tiba kat pertenggahan jalan, aku bersuara jugak.. aku kata "gi KTS (Kuala Terengganu Specialist).." amboi...dalam sakit2 tu sempat plak aku demand...hehehehhehe...

Pukul 7:45pg
Kitorng smpai kat KTS..tunggu doktor smpai..aku dah nak sujud dah kat tempat menunggu tu. sakit yang dah tak boleh aku cover2 lagi dah..
Lebih berbintang bijik mata aku bila dapat tahu yang hari sabtu doktor pakar tak ada....

Pukul 8:00pg
Dapat rawatan doktor, eehhh.. doktor tu ajak berbual pulak lagi...sebab doktor tu orang johor jugak. Aku layan sikit2 jek lah..sambil layan tu aku dah start membongkok badan dah..tangan plak asyik pegang perut. Azab betul aku hari tu..

Doktor tu nasihat kan aku pi jumpa pakar sakit puan & perbidanan. Esok..
So, aku cuma dapat pil tahan sakit je lah...

Sampai dalam kereta aku terus makan ubat tahan sakit tu. Bila sampai rumah je aku cepat2 baring..pastu aku tertidur.....ZzzzzZZzzzZZzzz....

ntah pukul brapa ntah, aku tersedar semula sebab kesan ubat tu dah hilang.. perut aku rasa macam di hiris2 semula.. pe lagi, berebutlah aku telan ubat tu lagi. pastu masuk bilik semula...tiba2.........brruuwweeekkk... aku termuntah kat dalam bilik....nasib tak kat atas katil..huhuhuhuhuhuhu....peranjat hubby..nampak muka dia macam kesian kat aku pun ada..muka risau pun ada..Lepas muntah tu aku tergolek atas katil lagi.

Bila dah hilang rasa sakit tu, aku call ulle & mak. Ulle nasihat kat aku pi klinik yang boleh scan..ulle kata takut apendix ke apa..hubby sekali lagi 'cabut' tinggal kan kerja dia kat site. dia hantar aku ke klinik Aishah kat batu 6.
Kat klinik Aishah aku kena check air kencing & scan. keputusan nya --> aku ada kencing kotor lah pulak.. & ada something kat perut kiri aku. doktor tu suruh aku gi hospital sebab dia bukan pakar..

Tak sempat amik2 gambar..sebab sakit sangat.

Wednesday, April 8, 2009

Shahnaz Amna Rasyiqah Rosli






S = Shahnaz


A = Amna


R


R = Rasyiqah


A

Berketurunan Bajau sebelah bapa & Melayu di sebelah ibu.

Anak sulung yang sangat² dinanti kan kelahirannya. Lahir pada 08/10/2006, pukul 07:30pagi hari Ahad di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Iaitu setelah 2 tahun perkahwinan.

Boleh memahami & bertutur dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Ingeris & Bajau. Juga mampu bertutur dengan 3 slang yang berlainan iaitu slang Terengganu, Melayu Sabah dan juga Bahasa Melayu Standard.






Tuesday, April 7, 2009

Cuti 13hb tapi 12hb dah bertolak balik dah....

Aku satu family bertolak balik ke Johor. Esok nya b'day mak, so kami bergegas bertolak tghri 12hb tu. Sapatut nya aku start cuti 13hb, tapi di sebab kan nak ucap HAPPY B'DAY MAK seawal pagi, so aku pun ajak ah hubby bertolak tengahari 12hb tu jugak hehehehehhehe...


Ambil SaRRa kat rumah pengasuh & terus drive menuju kearah Kuantan..meninggal kan Kuala Terengganu.


SaRRa menyusu..sian dia, lapar gak nya..Ooppss..lupa plak nak cerita..kali ni SaRRa balik Johor bawak bekal 2biji bantal busyuk..hehehehehhe...


Ammbbooiii...best nye SaRRa baring² kat sit belakang.. SaRRa sendiri yang asyik kata " Ma, negkok tak bukut Ma..." (Ma, duduk kat belakang Ma..")

Dah besar lah kata kan anak mama nih..dah pandai tak selesa bila duduk ngan mama kat depan.. kalau duduk ngan mama je, dok jerit² kata "aahh.. semipit..semipit.." (aahh.. tersepit..tersepit..) hahahahahahhaha....

Bubur & Sup Ketam untuk SyiminYaYa

Ni time aku off-day hari Jumaat. Time tghri masak kan bubur segera & sup ketam Maggi untuk SaRRa. Sambil makan, sambil main learning puzzle...

Mangkuk baru beli hehehehhe.. AVON punya nih.

Sip-cup SaRRa. Beli kat GIANT. Ada gambar hippo, SaRRa suka sangat cup yang ni.

SaRRa minum air..makan sikit, minum air..memang lah cepat kenyang sayang.. kenyang air je lah..huhuhuhuhuhuhuhu.....

Aksi² SaRRa sedang luch....

Ummm..yum..yumm... (perasan tak SaRRa pakai pe kat kaki dia tu?...stokin aku...huhuhuhuhu)

Ini lah balance bubur + sup ketam SaRRa . Banyak juga SaRRa makan hari ni..ada peningkatan..

Friday, March 6, 2009

Side Income - Belina

Memandangkan ekonomi sedang gawat sekarang, aku pun memula kan bisnes kecil-kecilan ku yang pertama...
Aku jadi agen pengedar produk BELINA. Produk berasas kan susu kambing & bahan² semulajadi dari New Zealand.


Inilah antara stock yang aku ada :-
Stock² semua memang WAJIB aku simpan kat dalam bekas bertutup gini :-
sebab, kalau tak habis semua sabun tu jadi mangsa SaRRa le jawab nya. Tgok lah tu, pantang nampak bekas tu terbuka, comel jek tangan dia dok ambil..

Haa..ni My Assistant tengah kira stock hehehehehhehehehe...
SaRRa tengah semak buku bill...
Sekarang aku tengah giat mempromosi kan Ainna Amna Store kat internet. Kalau orang tak tahu, macam mana bisnes nak jalan betul tak? tak pe...slow²...INSYALLAH berjaya.

Sushi






Tiba2 hb teringin sangat nak makan sushi. Ni semua gara-gara tgok Spa Q ah, tgok orang tu makan sushi..hb plak yang terliur hhehehehehehehhehehe... lepas maghrib terus dia gi beli.

Ni wasabi & kicap cair (agaknya lah..)

Sushi SaRRa..

SaRRa tengah try guna chopstick...mana lah dia nampak org makan guna chopstick agaknya.

Bersungguh-sungguh btol hehehehhehehehhe.....
Malam tu sushi tu tak habis pun kitorang makan..simpan kat dlm peti ais.