Pages

Tuesday, May 25, 2010

kawan, sahabat & teman...

Hmmm... macam² jenis kawan yang dah aku jumpa.

Golongan pertama
Asyik nak bercerita tentang diri dia. Aku lah tempat dia luah kan segala²...segala daki semua nak cerita.. pendek kata tak ada yang di rahsia kan dari aku ni..kawan baik lah katanya. tapi bila tiba masa aku pulak nak meluah perasaan atau nak berkongsi cerita, layan nak tak nak jek. respon pun macam masam² ketiak je. aku dok berceri lah sensorang, respon nya setakat "OH...pastu?...." itu jek.. kemudia dia akan kasi tukar topik da...

Golongan ke-2
Bermuka-muka...sekali imbas macam suka berkawan dengan aku. Sentiasa menyampai kan cerita² sensasi dan yang terkini. Manusia A melintas, dia pun start ngutuk + bercerita tentang manusia A tu. kang manusia B pulak menjengah, eehhh... si B tu pulak jadi BAHAN dia.. Tapi, mulut lembek bak kata orang terengganu. Berpaling jek dari aku pooottt..ppoootttt... mulut dia menyampai kan apa² ah sumber yang dia dengar dari aku pulak. Orang macam ni kena hati² bila bercakap dengan nya... dengar jek boleh...tapi jangan komen apa²...buruk padah nye nanti.

Golongan ke-3
Bercakap tak mo kalah.... dia jek yang betul, benar & hakiki.. bosan aku ngan orang macam nih...

Golongan Ke-4
Boleh berkongsi - Baik dari segi barang, makanan, cerita, rahsia , suka & duka. aku jumpa gologan sebegini tatkala aku merantau..sama² tingal di tempat orang. terubat juga rindu pada keluarga & sahabat baik aku.

Golongan ke-5
ini golongan special ni... persabahatan yang tak ternilai..melibat kan hati & perasaan dalaman. walau terpisah beribu batu pun hati tetap melekat. yang ni aku BERTEMU masa umur aku 16thn...berkawan dengannya mengenal kan aku pada erti sahabat sejati. Sahabat aku, the one & only Norkumalasari Md Said

No comments:

Post a Comment